Tuesday, November 3, 2015

kehilangan permata yang bernilai

Warkah buat murobbi.
Mendapat perkhabaran bahawa murobbi Sarjana Muda Pendidikan Islam Universiti Malaya akan berpindah ke USIM..
Melihat pada post junior yang sempat belajar dengan beliau membuat aku turut sebak sama..
Ini kerana aku terkenang pada waktu aku masuk SMPI pada 2011 pada waktu itu krisis nak masuk pengajian alquran atau pengajian islam..

Yang nak jadi cerita pengajian alquran sangat ditakuti. Kerana apa? Sebab terpampang kat list subjek wajib TARANNUM!

Kenapa tarannum ditakuti plak? Sebab SEMUA FIKIR TAK MAMPU NAK TARANNUM SEDAP. Akhirnya hampir xde sape nak masuk grup PQ sbb semua nak masuk PI. Ini lah yang aku maksudkan dengan KRISIS yang buat penyelaras pendidikan islam pada masa tu Prof Madya Dr Shamsiah pening.. Akhirnya dikumpulkan semua geng SMPI tahun satu dalam Dewan Kuliah Tiga, Dr Muhammad Lukman Ibrahim lah yang membacakan alquran tarannum yg membuatkan semua jatuh cinta dengan Tarannum.. Just kena ayat terbaik punya dari ust akhirnya lebih dari separuh masuk PQ termasuk aku dengan isteri.. Dah xjadi alasan dah takut suara xsedap.. Asalkan aku dpat belajar dengan Dr Lukman..
Namun gembira aku xlama.. Sbb pada tahun itu jugak ust ditawarkan utk menjadi pensyarah di Usim.. Memang aku n the geng resah sgt.. Harap sgt ust xpergi.. Kami masuk PQ sebab Ustaz.. Ustaz pergi gak dah tiada makna bagi kami amek aliran ni.. Sob2
Dipendekkan cerita, Ustaz stay dengan kami selama 4 tahun sampai kami grad tahun ni sebagai penyelaras SMPI..
Sesungguhnya semuanya manis bile belajar subjek quran nga ustaz.. Dari kami geng PQ xpandai dan sumbang ngaji tarannum hinggalah kami boleh mengajar tarannum di sekolah semasa kami praktikal..
Bukan nak menyombong tp oleh kerana aura ustaz, sampai kat kami anak murid ustaz ni terkenal kat kampung.. Mertua pun asyik tanya ustaz je, sbb dia tau aku ni anak murid dia.. Bkn kat kampung je malah masa berpraktikal, cikgu sekolah pun sanjung.. Siap suh latih budak tarannum untuk peringkat kebangsaan.. Adeh..
Akhirnya ustaz pergi jua demi impian dan matlamat ustaz ingin capai... Kami anak2 murid ustaz mendoakan ustaz dipermudahkan segalanya..
Terima kasih ustaz ajar ana jadi pendidik..
Terima kasih ustaz ajar ana tarannum..
Terima kasih ustaz ajak ana masuk Tv Hijrah tlg ustaz rakam 50 episod Madrasah Tarannum dan 15 episod Madrasah Ramadhan..
Terima kasih untuk segalanya..
Sekian.
Buat guruku Dr Muhammad Lukman Bin Ibrahim.
03/11/2015
di petik daripada fb Muhammad Lukman Alhakim

No comments:

Post a Comment